 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Dalam lensa ada cinta, dan dalam cinta ada sang permata
By: ummi Ainul Mardhiyah Izzah Nuha and Izz Nawfal
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < 1 2 3 4 5 6 7 8 9 [10] > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Sunday, 12-Feb-2006 06:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tips Dr Fadzilah Kamsah Dlm Mengasuh Anak-Anak
|
|
[APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kalau umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengahorang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 9-Feb-2006 00:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Doa Seorang Isteri
|
|
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala
dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 8-Feb-2006 07:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
saat-saat adik ceria
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 8-Feb-2006 03:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ainul Mardhiyah
|
|
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah di kalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah) merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari.
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah SWT dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya di manakah masa mudanya dihabiskan.
Ainul Mardhiah (bermaksud mata yang diredhai) merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya, siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga.
Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi dia malu hendak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor, sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah) maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi tidur bersama-sama. Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu ditanyanya dimanakah dia. Lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah.
Lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah dia. Di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang kecantikannya begitu mempersonakan. Tidak pernah dilihatnya di dunia ini. Lalu diberi salam dan dia bertanya; "Andakah ainul mardhiah?" Wanita itu menjawab; "Tidakk! Saya khadamnya, ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana." Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai. Diberi salam dan di tanya lagi; "Andakah Ainul Mardiah?" Dan wanita itu menjawab; "Tidak! Saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini, Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana."
Dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu yang kecantikkannya sungguh mengkagumkan. Dan dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, dan tidak pernah dia lihat di dunia, lalu wanita itu berkata; "Akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku."
Dan apabila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab; "Nanti! Kamu belum syahid lagi!" Tersentak dengan itu, pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW, tapi sekiranya dia syahid barulah ceritakan kepada nabi. Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi didalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi.
Dalam menceritakan itu nabi hanya menjawab 'Benar, Benar dan Benar', dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.
Kesimpulan cerita ini, tiada rehat atau terputusnya kehidupan selepas hidup di dunia, selepas seseorang mati maka kehidupanya terus bersambung dengan kehidupan barzakh di akhirat. Kehidupan akhirat adalah satu perjalanan yang cukup jauh dan cepat untuk tiba. Kalaulah suatu perjalanan kita dari Malaysia ke Amerika yang mana kehidupan disana menjanjikan kehidupan yang lebih baik maka sudah pastilah bekalan yang banyak telah kita buat. Jual tanah, jual lembu kerbau, jual kereta untuk membuat bekalan ke sana kerana kehidupan di sana akan menjaminkan kebahagiaan dan segala yang tergadai ini dapat kita kecapi semua. Maka apatah lagi kehidupan akhirat lebih-lebih perjalanannya nun jauh di sana dan tiada sebarang perjanjian untuk hidup bahagia melainkan bekalan taqwa dan iman yang sempurna serta amal yang soleh.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 7-Feb-2006 01:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
masa adik kecil,,,semua orang sayang....
|
 |
|
berandam surai di usia 36 hari
|
|
 |
|
anyang cik
|
|
 |
|
kat rumah kak Irah, kat Jaya Gading, Kuantan
|
| | View all 6 photos... |
|
permata hati umi dan abi
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 7-Feb-2006 01:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 6-Feb-2006 07:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ainul Mardhiyah permata hati ummi dan abi
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 4-Feb-2006 01:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
 |
|
suatu hari di hari raya 2005 rumah lamaku 181
|
|
 |
|
lena diulit intan
|
|
 |
|
terjaga dari tidur
|
| | View all 7 photos... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 24-Jan-2006 02:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
7 month old
|
 |
|
motorskillfine_mth7
|
|
|
Motor Skills : Month 7
Gross Motor Skills
He may crawl using either his hands and knees or hands
and feet. He may also be able to crawl while carrying an
object in one hand. He can stand by leaning against
something like furniture but may need help to sit down
again. When he is held standing, he can put one foot in
front of the other in an attempt to walk, and he may be
able to pull himself up by reaching for furniture to help
him. Make sure that there are no weak pieces of furniture
or objects around that may topple over if he tries to hold
on to them, and be prepared to catch him if he falls over
by losing his grip or balance.
He can sit on his own without support and places one leg stretched out while the other is flexed at the knee and tucked in towards his body. He can lean forwards and sideways without falling over. He is aware of the relationship between his body and movements, and those made by others. He combines several new skills together to complete a task.
Fine Motor Skills
He uses his thumb, first and second fingers to hold objects and can pick up small objects with greater precision. He holds on to objects for longer periods before dropping them and is fascinated by cause-and-effect actions like wheels turning to make a toy move.
He clasps his hands together and may clap and hit objects at the same time. He is interested in moving objects in and out of contained spaces and placing smaller objects within larger items like jars and boxes. He will point to objects, learning to use his fingers and thumbs together.
Copyright
|
|
|
|
|
|
| Friday, 18-Nov-2005 05:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan-Jalan collect duit raya
|
 |
|
Kat rumah pakcik Zack,pada hari Raya ke 3
|
|
 |
|
Kat rumah Ayahlong Pu, kat Merbau Patah,menziarah Nabila
|
|
 |
|
Kat rumah Tuk Wan Ma kat Gelugur Kedai
|
| | View all 5 photos... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
[<< < 1 2 3 4 5 6 7 8 9 [10] > >>] [Archive]
|
|
 |
|
|
|