Want your
own Fotopage?















 
Dalam lensa ada cinta, dan dalam cinta ada sang permata

By: ummi Ainul Mardhiyah Izzah Nuha and Izz Nawfal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Saturday, 24-May-2008 01:56 Email | Share | | Bookmark
2 Tahun 11 Bulan


Care to comment?


Wednesday, 14-May-2008 02:36 Email | Share | | Bookmark
11 Months


Care to comment?


Monday, 28-Apr-2008 04:25 Email | Share | | Bookmark
Happy Homes, Kidz Magazine, March-April 2008

 
 

waaa asyik kuar mag jer dhiyah ni yer...
syioknyer.........
Wed 30-Apr-2008 20:05
Posted by:~fiza~  - [Link]
"Of all the rights of women, the greatest is to be a mother."

"HAPPY MOTHER'S DAY"
Sat 10-May-2008 14:18
Posted by:ummirafeeq  - [Link]
Add comment


Wednesday, 16-Apr-2008 08:15 Email | Share | | Bookmark
Majlis Ulang Tahun, Majalah Harmoni, 15-30 April 2008


Care to comment?


Sunday, 2-Mar-2008 03:25 Email | Share | | Bookmark
Teratak Kasih

 
 
 
View all 12 photos...
Hukamak ada berpesan kepada pasangan yang baru berumahtanga bahawa perkara yang mula-mula perlu dimiliki adalah rumah dan paling akhir untuk dijual juga adalah rumah. Kenapa disebut rumah? Kerana rumah lambang maruah keluarga. Memiliki tempat kediaman merupakan perkara asas dalam membina kebahagiaan keluarga.

Rumah tempat berlindung, rumah tempat memelihara keselamatan dan yang utama rumah tempat memelihara aurat. Disitu disalurkan keperluan pakaian dan rezeki untuk keluarga. Hasilnya lahir kesempurnaan hidup berteraskan syariat. Kesinambungan dari tiga keperluan asas yang diutamakan itu, ia jadi lambang penyatuan hati hasil dari perkongsian hidup yang sama-sama bersabar bersusah payah berjimat cermat mengagihkan perbelanjaan demi menyempurnakan kebahagiaan keluarga. Inilah tradisi yang dipegang oleh orang dulu-dulu dalam menjaga maruah keluarga.

ummirafeeq: alhamdulillah, my hardship finally paid off, baru sebulan duduk, rumah kami kat Binjai Rendah, jemputlah bertandang Mon 24-Mar-2008 00:16
Posted by:tuan rumah
cantik dan luas jgk kawasan tu...siapa kontraktor? dah ada jiran ker belum.?selamat mendecoratekan rumah yer..hehhee Fri 28-Mar-2008 02:59
Posted by:mai-mama nureen tihani
jom jadi 'bidadari' pada suami..

http://www.freewebs.com/kedaifieyla
Tue 8-Apr-2008 13:51
Posted by:kedaifieyla fieyla_girl@yahoo.com.my  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Saturday, 1-Mar-2008 01:42 Email | Share | | Bookmark
Kandid Kamera!, Majalah Mami&Baby, Mac 2008


Care to comment?


Thursday, 28-Feb-2008 08:30 Email | Share | | Bookmark
Aksi Bayi Huggies, Majalah Mami&Baby, Feb 2008


Care to comment?


Tuesday, 26-Feb-2008 05:39 Email | Share | | Bookmark
Hello siapa di sana?


Care to comment?


Thursday, 21-Feb-2008 02:58 Email | Share | | Bookmark
Dilema Pengasuh


DILEMA bagi ibu berkerja dan tidak mempunyai pembantu rumah ialah mencari pengasuh yang sesuai dan boleh dipercayai untuk anak-anak.

Banyak perkara perlu diberi perhatian serius kerana anak-anak akan ditinggalkan seharian di bawah jagaan pengasuh. Faktor keselamatan adalah paling meruncing, selain soal kaedah asuhan, penjagaan dan kebersihan.

Berikut tujuh panduan bagi mengenal-pasti pengasuh anak anda tidak menjalankan tugasnya dengan baik.

* Apabila menghantar anak ke rumah pengasuh atau taska pada pagi hari, anak tidak memberikan reaksi gembira seperti senyum ketika disambut oleh pengasuhnya. Seorang pengasuh memang tidak boleh menggantikan tempat seorang ibu, namun bayi haruslah mempunyai kepercayaan serta mempunyai perasaan suka serta menyayangi pengasuhnya. Kemungkinan bayi anda dan pengasuh tidak mempunyai ‘ikatan kasih sayang’ ataupun pengasuh itu sendiri tidak menunjukkan kasih sayang serta keselesaan yang dimahukan oleh bayi. Dalam apa jua hubungan kemanusiaan, chemistry penting bagi mencapai keserasian.

* Pengasuh terlalu berahsia tentang apa yang dilakukan sepanjang hari bersama anak anda. Pengasuh yang baik, akan menceritakan perkara yang dia lakukan bersama anak anda, malah perkara baru seperti anak mula memanjat atau meminta makanan dijadikan topik perbualan mesra antara ibu bapa dan pengasuh. Sudah pasti sebagai ibu bapa kita sendiri tertanya-tanya apakah yang dilalui oleh anak sepanjang kita keluar ke tempat kerja. Katakanlah pengasuh anda itu tidak begitu fasih dalam bahasa anda (contohnya pembantu rumah dari Indonesia) ia masih bukan menjadi masalah untuk mengetahui apa yang berlaku di rumah, rumah pengasuh atau taska tentang apa yang berlaku.

* Anak anda mudah sangat terjatuh atau tersungkur, ini dapat dilihat menerusi kesan benjol di dahi atau apa saja yang nampak lain pada mata anda. Seorang pengasuh yang baik mesti sentiasa mengambil tahu tentang apa yang bayi lakukan dan pastikan persekitarannya selamat seterusnya mengelakkan sebarang kemalangan. Jika perkara seperti itu berlaku, kemungkinan anak anda dibiarkan bermain sendirian tanpa pengawasan pengasuh.

* Anda seringkali perasan bahawa arahan anda kepada pengasuh tidak diikuti. Sebagai contoh anda telah memberi nasihat kepada pengasuh bayi anda agar tidak memberikan air manis kepada anak, namun pengasuh bertindak seperti lebih tahu daripada anda.

* Jika anda mengupah pengasuh yang berulang alik ke rumah anda, pastikan dia datang tepat pada masanya, jika dia sering kali lewat, carilah pengganti yang lebih komited dan memahami kehendak anda. Sikap lepas tangan dan punca kelewatan yang tidak boleh diterima akal bermakna pengasuh itu memang tidak bertanggung jawab dalam hal menjaga anak anda juga.

* Bayi anda sering kelihatan tidak terurus dan kotor. Jika perkara asas tentang kebersihan bayi tidak dapat ditangani oleh pengasuh bayi, maka sudah tentu dia tidak mampu memberikan keperluan lain seperti makan, minum, layanan dan sebagainya.

* Pengasuh bayi anda sering kali mereka cerita. Sebagai ibu bapa jangan sesekali bertolak ansur dengan pengasuh yang suka menipu, bercakap bohong, mencuri dalam apa jua cara sekali pun. Kepercayaan serta keyakinan antara ibu bapa dan pengasuh harus wujud demi mewujudkan hubungan yang baik antara bayi, pengasuh dan ibu bapa.

* Panduan dipetik dan diubahsuai dari laman web www.babycenter.com.


hye...

suka kapkek???suka fruit tart???suka cream puff??

meh jenguk sini...harganya anda mampu...rasanya pasti anda tertawan..

Tue 4-Mar-2008 15:41
Posted by:miss kismis kissmiss86@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Tuesday, 29-Jan-2008 06:02 Email | Share | | Bookmark
Saiditina Fatimah Az Zahra

Disebalik bersih wajahmu, Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Wahai puteriku sayang, Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya...

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s.a.w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r.a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s.a.w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain. Namun jauh di sanubari Rasulullah s.a.w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali, "Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia." (Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata-kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak,memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.

Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s.a.w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s.a.w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, 'Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.

Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya.


saya amat menyukai laman web ini kerana ia menceritakan tentang tokoh-tokoh islam. saya juga berharap agar ia tetap dapat dikekalkan, dan saya harap agar info-info tentang tokoh-tokoh islam lebih meningkat.agar dapat dicontohi oleh remaja seusia saya
wassalam.........
Thu 6-Mar-2008 10:29
Posted by:mira www.mira_libra93@yahoo.com
Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.