Want your
own Fotopage?















 
Dalam lensa ada cinta, dan dalam cinta ada sang permata

By: ummi Ainul Mardhiyah Izzah Nuha and Izz Nawfal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 3-Mar-2009 03:35 Email | Share | | Bookmark
Tip Belaian Kasih

 
 
 
View all 4 photos...
* Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

* Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Dia akan lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran

* Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah. Peganglah tangan sambil berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda.

* Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu menakjubkan dalam dunia mereka.

* Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.

* Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

INFO YG BAIK.. Wed 4-Mar-2009 08:09
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Tuesday, 10-Feb-2009 07:56 Email | Share | | Bookmark
Perspektif Ikim: Keluarga bahagia ukuran kejayaan ibu cemerlang

Perspektif Ikim: Keluarga bahagia ukuran kejayaan ibu cemerlang
Oleh Azrina Sobian

Tanggungjawab wanita didik anak jadi insan berguna, beri khidmat kepada masyarakat

ISLAM meletakkan wanita pada kedudukan mulia, terutama apabila mereka menjadi seorang ibu, mulianya taraf ibu dalam Islam tidak boleh dipertikaikan lagi.

Di dalam al-Quran dan hadis, banyak tuntutan dan nasihat supaya memuliakan ibu. Hinggakan ke satu tahap, kelayakan insan untuk diterima ke syurga diletakkan di telapak kaki ibu. Namun, ibu yang bagaimanakah boleh dianggap sebagai mulia? Adakah setiap wanita yang bergelar ibu, adalah ‘ibu’ yang dimaksudkan? Atau, pada ketika manakah, ibu itu benar-benar bergelar seorang ‘ibu’?

Saat awal seorang wanita bergelar ibu adalah ketika beliau melahirkan anaknya. Namun, adakah dengan hanya melahirkan anak, seorang wanita benar-benar layak bergelar ibu?

Pastinya, ramai yang akan menjawab alam keibuan itu tidak akan lengkap dengan hanya melahirkan anak ke dunia tetapi lebih penting untuk memberikan anak jaminan kasih-sayang dan keselamatan, sentuhan, perhatian, jagaan serta pendidikan. Oleh itu, apabila semua tuntutan ini lengkap, wanita sah bergelar seorang ibu.
Dengan jawapan diberi itu, maka lihat pula keadaan dunia kini. Anak kita kini dijaga oleh ibunya atau lebih banyak dijaga pembantu atau penjaga? Masa seorang ibu lebih banyak di rumah atau di luar, bekerja serta berpersatuan? Pendidikan anak dipikul guru atau ibu mereka atau ibu kini hanya sekadar bertanya sama ada anak sudah selesai kerja sekolahnya?

Persoalan dipaparkan itu sebenarnya membawa kepada satu persoalan penting iaitu sama ada ibu pernah terfikir adakah diri mereka sudah menjadi ibu sebenarnya terhadap anak?

Penulis pasti, tidak ramai ibu yang pernah atau benar-benar memikirkan keadaan ini. Kesibukan hidup seharian kadang-kala tidak memungkinkan kita memikirkan perkara ini. Malah dalam banyak keadaan, orang mungkin menganggap perkara ini remeh dan tidak perlu difikirkan.

Namun, dalam dunia serba maju dan sibuk kini, penulis tetap yakin kadang-kala kita perlu menanyakan soalan itu. Ini adalah satu bentuk muhasabah diri. Dengan kata lain, ibu menilai diri mereka sendiri demi untuk mengubah sesuatu yang silap dan merancang sesuatu lebih baik. Misalnya, jika memikirkan diri terlalu sibuk dan tiada masa untuk keluarga, maka berubahlah. Rancangkan sesuatu kegiatan yang boleh diamalkan bersama keluarga. Lanjutan dari ini tetapkan azam untuk memberi lebih perhatian kepada keluarga.
Sebenarnya, tidaklah salah untuk seorang ibu menjadi sibuk. Mereka boleh saja sibuk dalam urusan rumah tangga mahupun pekerjaan. Namun, apa yang menimbulkan kesedihan ialah apabila kesibukan ibu adalah satu kesibukan yang dicipta semata-mata. Misalnya, mementingkan pertemuan dalam persatuan di hujung minggu sedangkan masa itu sepatutnya diperuntukkan untuk anak. Berjam di pusat rawatan kecantikan sedangkan anak dibiar berlari dan menjerit-jerit dikejar pembantu rumah.

Kita yakin, setiap wanita yang bergelar ibu ada cara yang tersendiri untuk membawa watak mereka itu. Ada yang lebih selesa menguruskan rumah tangga sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang luar. Ramai juga ibu yang memerlukan bantuan dalam menguruskan hal ehwal rumah tangga. Kedua-dua keadaan ini tidak ada salahnya. Apa yang salah adalah apabila kita menganggap kita terlalu memberikan tumpuan kepada perkara lain sehingga keluarga terabai.

Sebenarnya, sering kali orang berkata penting keluarga dalam hidup mereka tetapi dalam keadaan sebenarnya, apa pula amalan kita untuk membuktikan perkara itu. Misalnya, bagi seorang ibu, anak sangat penting. Malah jika ditanya maka ramai yang akan berkata mereka sanggup melakukan apa saja untuk kesejahteraan anak. Namun dalam keadaan sebenar, selalunya berbeza.

Jika dipanggil untuk menghadiri pertemuan guru dan ibu bapa, berapa ramaikah ibu bapa yang turut serta? Jika anak menunjukkan hasil lukisan mereka di sekolah, berapa ramaikah ibu bapa yang benar-benar memerhatikan lukisan yang ditunjukkan itu? Sering kali kita terjerat di dalam perangkap kesibukan dalam hidup.

Apabila ditanya, ramai yang akan berkata terlalu sibuk dengan kerja atau kegiatan yang lain hingga tidak dapat membawa anak bercuti atau menghadiri kegiatan anak di sekolah. Begitu mudah kita meletakkan kesalahan kepada kesibukan hidup. Ini mengingatkan penulis nasihat keluarga manusia yang harus mengurus masa dan bukan sebaliknya.

Maka jelas terbukti melahirkan anak bukan satu syarat utama untuk bergelar ibu. Ada banyak tanggungjawab yang perlu dipikul untuk memastikan wanita layak memegang gelaran itu. Namun, jika dilihat dalam dunia kita, ramai pula ‘ibu’ yang terlupa akan hakikat ini.

Ini adalah usaha saling mengingatkan akan hakikat tanggungjawab seorang ibu. Hakikatnya, tanggungjawab utama wanita adalah kepada keluarga. Apa-apa yang diamalkan dalam hidup, misalnya bekerja, seharusnya dikaitkan dengan keluarganya. Malah kejayaannya di dunia dan di akhirat juga akan diukur dari sudut ini dan bukannya semata-mata kejayaan sebagai pekerja terbaik atau ahli persatuan paling setia.

Apa yang pasti, setiap keistimewaan datang dengan tanggungjawab yang besar. Oleh itu, keistimewaan yang diberikan kepada wanita untuk menjadi seorang ibu juga datang dengan tanggungjawab tertentu. Sebagai perbandingan, lihat saja sekeliling kita. Seorang ketua pengarah, mendapat kedudukan jawatan tinggi tetapi mempunyai tanggungjawab besar untuk memimpin orang bawahannya.

Penulis adalah felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Care to comment?


Wednesday, 4-Feb-2009 09:22 Email | Share | | Bookmark
Manusia cemerlang bijak bahagi, hargai masa

Perancangan teliti perlu disedia elak kerja tertangguh dan tidak sistematik


BIJAK pandai ada mengatakan, 'masa itu emas'. Hukama pula mengibaratkan masa sebagai pedang. Jika kita manusia tidak berusaha untuk mendahuluinya dalam maksud mengejar kepentingan dunia dan akhirat pada setiap masa, maka masa pasti akan mendahului kita.

Masa cukup berharga kepada manusia. Bagi mereka yang mempunyai kerjaya masa sudah tentu memainkan peranan penting kerana setiap saat dilalui, akan ada tugasan serta urusan harus diselesaikan mengikut kerjaya masing-masing.

Majikan umpamanya akan menilai keberkesanan tugasan pekerjanya dengan memperuntukkan tempoh tertentu untuk mereka menyiapkan tugasan. Apabila disiapkan pada tempoh seperti ditetapkan, maka pekerja itu benar-benar memahami kepentingan menjaga masa.
Islam mengajar manusia cara menjaga dan mengurus masa dengan baik serta berkesan mengikut kehendak syariat antaranya:
• Membuat perancangan yang teliti. Setiap pekerjaan sudah pasti akan dilaksanakan mengikut masa tertentu. Justeru, penjadualan adalah sesuatu yang mustahak. Jadual hendaklah disediakan dengan kemas dan rapi bagi mengelakkan berlakunya sebarang pembaziran masa.

Tempoh menyiapkan sesuatu kerja hendaklah ditetapkan untuk mengelakkan kerja tertangguh dan tidak sistematik. Nabi Allah Ibrahim sendiri umpamanya menyediakan jadual khusus dalam waktu hidupnya seharian untuk bermunajat (berzikir) kepada Allah, bermuhasabah diri dan berfikir mengenai ciptaan Allah serta keperluan hidupnya seperti makan dan minum.

• Sentiasa menepati masa kerana sebagai umat Islam yang sentiasa inginkan kemajuan diri, hendaklah sentiasa menepati masa bagi mengelak timbulnya hal negatif lain akibat kecuaian tidak mematuhi ketepatan masa. Kata-kata hikmat menyatakan: "Jangan tangguh kerja hari ini sehingga hari esok".
• Jangan membazir masa kerana orang yang benar-benar menghargai masa akan sentiasa memastikan waktu terluang diisi perkara bermanfaat untuk dirinya hingga tidak mempunyai waktu melakukan perkara merugikan.
• Menjaga kualiti masa. Kualiti masa berbeza mengikut aktiviti serta keperluan tetapi Islam sudah menyusunnya mengikut batas tertentu yang pasti sesuai dan perlu diambil perhatian semua umat muslimin.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa mudamu sebelum tua, masa senangmu sebelum susah dan masa hidupmu sebelum mati."
• Berlumba-lumba meningkatkan kualiti dan produktiviti. Manusia dituntut menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan bermutu supaya setiap masa dilalui memberi kebaikan. Firman Allah yang bermaksud: "Hendaklah kamu berlumba-lumba melakukan kebaikan." Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah kasih kepada seseorang di antara kamu apabila bekerja sentiasa meningkatkan mutu kerjayanya."
• Beristiqamah dalam melakukan kerja. Kekuatan untuk mengekalkan semangat dan usaha boleh dilakukan apabila seseorang menyedari bahawa setiap tugas itu adalah ibadat kepada Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan) kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhan-Mu hendaknya kamu berharap."
• Mengambil iktibar daripada masa silam. Setiap pekerjaan atau tugasan dilakukan tidak semuanya akan menghasilkan kejayaan seperti diharapkan, namun Islam menuntut kita supaya sentiasa menjadikan masa silam sebagai panduan membina kekuatan diri menghadapi dugaan hidup.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya sudah berlaku sunnah Allah sebelum daripada kamu, kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Rasul-Nya." (Surah al-Imran, ayat 137)
• Martabat manusia dinilai dengan masa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia yang panjang umurnya dan baik pula pekerjaannya, manakala sejahat-jahat manusia ialah yang panjang umurnya tetapi buruk pula amalannya."

Allah menyatakan dengan terang dan jelas berkenaan orang yang untung dan rugi dalam pengurusan masa hidup mereka melalui firman yang bermaksud: " Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Golongan manusia yang tidak akan rugi ini adalah golongan manusia yang melakukan kerja dan tugasan hidup mereka dengan menepati kehendak syariat. Dengan beberapa kaedah dinyatakan, orang beriman dan beramal soleh akan berusaha melakukan sesuatu pekerjaan dengan rasa insaf dan penuh penghayatan.

Manusia yang untung ini juga akan sentiasa memohon kepada Allah untuk menguatkan semangat mereka dalam perjuangan hidup di samping berusaha membantu rakan taulan serta saudara seagama dengan pesanan berguna.

Orang yang beruntung dalam hidup adalah mereka yang beriman dengan mengikrarkan lidahnya dan membenarkan hatinya bahawa semua ajaran dibawa junjungan Rasulullah SAW adalah benar belaka.

Selain beriman, dia juga mengerjakan apa yang diimankannya dan membuat kebajikan mendatangkan manfaat kepada umum serta membawa orang lain ke arah jalan diredai.

Dipetik dari Berita Harian 4 Februari 2009

Care to comment?


Tuesday, 21-Oct-2008 02:30 Email | Share | | Bookmark
Peraduan Aidilfitri Johnson's Baby/Berita Harian


perghhh... kecik2 dah jadi model ye? cayalah... ni mesti pandai posing depan kamera ni Mon 24-Nov-2008 21:51
Posted by:ciku_nunu  - [Link]
salam..boleh baca entry fliffy tak kat sini http://fliffy.fotopages.com/?entry=1766385 mesti korang teruja ! for sure... have fun Tue 30-Dec-2008 02:30
Posted by:fliffy
Add comment


Monday, 6-Oct-2008 06:56 Email | Share | | Bookmark
Gaya Si Kecil, Majalah Jelita, Oktober 2008


Care to comment?


Wednesday, 24-Sep-2008 05:22 Email | Share | | Bookmark
3 Tahun 3 Bulan


Care to comment?


Tuesday, 16-Sep-2008 03:33 Email | Share | | Bookmark
Contohi Luqman didik anak

Kebijaksanaan Luqman

Kebijaksanaan Luqman yang dicatat dalam al-Quran dan digambarkan kisah-kisahnya oleh para tabien sepanjang hidupnya terlalu banyak untuk diaplikasikan dan pemimpin masa kini.

Antara lain pesanan Luqman kepada anaknya ialah firman Allah SWT dalam mafhumnNya:

* "........Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasnya). Sesungguhnya Allah Maha Halus (maksudnya, ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu sebagaimana kecilnya) lagi Maha Mengetahui.

* [i]"Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) daripada perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).


* "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.

* Dan sederhanalah kamu dalam berjalan (maksudnya, ketika kamu berjalan, janganlah terlampau cepat dan jangan pula terlampau lambat) dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (Luqman:16-19)

Kata-kata hikmah Luqman yang dicatat oleh para tabien dalam mendidik anak-anak antara lain:


* Janganlah engkau mengajar anak dan keluarga engkau dengan harta engkau, sebab jika ia sedikit engkau mengkhianati mereka, dan jika ia banyak tidak pula akan memberi kepuasan kepada mereka.

* Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya sesungguhnya telah sempurnalah iman iaitu seorang yang kasih kepada lain seorang yang lain tetapi kasihnya tidak melampau batas kebatilan apa dia marah, marahnya tidak keluar daripada batas kebenaran, dan apabila dia berkuasa, tidaklah dia melampau batas.
Rujuk-Kulliyah Tafsir Surah Luqman: mendidik anak cemerlang oleh Dr. Abdul Rashid Ahmad, Universiti Malaya)


Care to comment?


Sunday, 7-Sep-2008 08:24 Email | Share | | Bookmark
RENUNGAN DI AMBANG RAMADHAN

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu 'anhu, katanya:
Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Sya'ban. Beliau bersabda: "Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi panuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu'(sunat). Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dya dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun."

Para Sahabat berkata:
"Ya Rasulullah, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu untuk orang yang berpuasa?!". Maka bersabda Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam: "Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya merdeka dari api neraka. Barangsiapa meringankan beban daripada hamba sahaya (pembantu-pembantu rumah), nescaya Allah akan mengampuni dosanya dan memerdekakannya daripada api neraka. Oleh itu perbanyakkanlah empat perkara di dalam bulan Ramadhan. Dua perkara untuk menyenangkan Tuhanmu dan dua perkara lagi untuk kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang kamu lakukan untuk menyenangkan Allah ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan memohon keampunan kepadaNya. Dua perkara lagi yang kamu sangat memerlukannya ialah memohon syurga dan berlindung daripada neraka. Barangsiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam itu dengan suatu minuman yang dia tiada merasakan dahaga lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga" (At-Targhib, jld.II, 217-218)


Care to comment?


Monday, 18-Aug-2008 04:46 Email | Share | | Bookmark
Peraduan Crocs Wall-e & Pa&Ma


salma n suhail dapat baby boy baru.. Sat 23-Aug-2008 04:57
Posted by:salmanS  - [Link]
Add comment


Wednesday, 6-Aug-2008 01:10 Email | Share | | Bookmark
Peraduan Keseronokan Membersih Bersama ZIP


Care to comment?


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.