Want your
own Fotopage?















 
Dalam lensa ada cinta, dan dalam cinta ada sang permata

By: ummi Ainul Mardhiyah Izzah Nuha and Izz Nawfal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 18-Nov-2009 02:03 Email | Share | | Bookmark
Menabung Amalan Mulia


"Mula-mula seringgit, lama-lama boleh jadi sejuta' Biarpun bunyinya kelakar, tetapi berkat menabung sejak dari usia muda, bukan mustahil ia menjadi kenyataan. Tabiat menabung perlu dipupuk sedari awal dan dilakukan secara beransur-ansur namun berkala. Bagaimana kita hendak menanam sikap gemar menabung kepada anak kita supaya amalan baik ini diterapkan ke dalam jiwanya hingga ia dewasa dan berdikari.

Peringkat awal kita mungkin boleh belikan dia tabung wang yang istimewa sempena tarikh istimewa yang tertentu dalam hidupnya. Contohnya, hadiahkan tabung pada hari jadinya, hari dia mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan atau sebagai ganjaran dia berkelakuan baik kepada ibu bapa dan adik beradik yang lain.

Mulakan dengan menabung sedikit demi sedikit, berikan kepada si comel anda duit sebanyak 20 sen atau 50 sen atau seringgit dan ajar ia masukkan sendiri ke dalam tabungnya pada setiap hari.
Pakar psikologi berkata, sesuatu perbuatan berubah menjadi tabiat atau dalam kata lain perbuatan menjadi budaya selepas diamalkan secara tetap selama 21 hari. Oleh itu anda boleh terus mengajar anak anda memasukkan duit ke tabungnya dalam tempoh itu, dan selepas itu cuba lihat sama ada dia sendiri boleh melakukannya tanpa diarah atau dipaksa.

Biasanya kemahuannya untuk menabung yang membudaya dalam dirinya menyebabkan dia secara spontan menabung pada setiap hari. Apabila tabung sudah penuh, raikannya dengan mengira sejumlah wang dalam tabung bersama-sama dengan anak supaya dia sendiri dapat menilai dan melihat sendiri hasil usaha yang dilakukannya selama ini.

Rangsang jiwa anak anda dengan memberinya ganjaran istimewa kerana usahanya itu, sama ada membelikan sesuatu yang digemarinya. Atau memberinya peluang membelanjakan sendiri sebahagian satu pertiga daripada wang tabungannya itu untuk membeli apa yang dikehendakinya. Jumlah yang selebihnya didepositkan ke dalam akaun persendiriannya supaya ia boleh dikumpulkan untuk kegunaan penganjiannya kelak.

Care to comment?


Sunday, 15-Nov-2009 02:58 Email | Share | | Bookmark
Kenali Perangai Manusia



Suatu hari, ahli sufi, Luqman al-Hakim berdialog dengan anaknya mengenai sebaik-baik perangai manusia.

Anak: Apakah sebaik-baik perangai manusia?
Luqman: Agama
Anak: Kalau perangai itu ada dua, bagaimana?
Luqman: Agama dan harta
Anak: Kalau tiga?
Luqman: Agama, harta dan rasa malu
Anak: kalau empat?
Luqman: Agama, harta, rasa malu dan pekerti mulia
Anak: kalau lima?
Luqman:Agama, harta, rasa malu, budi pekerti mulia dan pemurah.
Anak: Bagaimana kalau enam?
Luqman: Wahai anakku, kalau lima perangai itu terkumpul dalam diri seorang muslim, maka dialah orang suci, terpelihara, dilindungi Allah serta terlepas dari hasutan syaitan.

Mengenai tingkah laku manusia, ahli sufi Wahab Munabbih berkata, orang yang buruk perangai dan budi pekerti, umpama tembikar pecah yang tidak boleh ditampal dan tidak dapat dijadikan tanah liat semula.

Sementara itu Ibnu Abbas pula berkata, "Setiap bangunan mempunyai dasar dan dasar islam ialah budi pekerti mulia.

Care to comment?


Friday, 30-Oct-2009 08:34 Email | Share | | Bookmark
3 Months Young

 
 
 
View all 8 photos...

(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (baik atau buruk) sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau langit atau pun di bumi, sudah tetap akan di bawa oleh Allah (untuk dihakimi dan di balas Nya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.- Surah Luqman Ayat 16


Care to comment?


Thursday, 24-Sep-2009 01:45 Email | Share | | Bookmark
Peraduan menjadikan belaianmu lebih menyayangi (3rd Prize)


Care to comment?


Thursday, 30-Jul-2009 02:36 Email | Share | | Bookmark
Introducing Izz Nawfal bin Ahmad Rosdi



Nama Penuh : Izz Nawfal Ahmad Rosdi

Tarikh Lahir: 30 Julai 2009, 9.29 malam

Berat masa lahir: 2.6 kg

Tempat Lahir : Pusat Perubatan Intan, Paloh Mengkuang, Kuala Terengganu ( Dr. Kamsiah)

Care to comment?


Sunday, 21-Jun-2009 07:16 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI ABI



"Barang siapa yang menanggung dua orang anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegahnya dari api neraka."(Riwayat Bukhari)


hai bro


Entryku kali ini

Sampah sarap bertabur di jalan
Kutip semua masuk ke keranjang
Pandai buat kotor pandailah bersihkan
Tak perlu suruh, semua dah besar panjang
Tue 4-Aug-2009 15:29
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Add comment


Monday, 8-Jun-2009 08:23 Email | Share | | Bookmark
The Latest Pic Of Adik & Kakak


adik beradik yg mmg comel Fri 12-Jun-2009 04:33
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
dah besar dah adik..best la boleh main sama2 ngan akak.. Fri 10-Jul-2009 08:48
Posted by:mamaizhar  - [Link]
Add comment


Wednesday, 27-May-2009 08:16 Email | Share | | Bookmark
Promosi Hari Lahir, Pa&Ma, Jun 2009


Comelnyer..... Mon 13-Jul-2009 02:04
Posted by:ezna roseqisteena@yahoo.com
Add comment


Wednesday, 22-Apr-2009 07:56 Email | Share | | Bookmark
Photofunia 2






Care to comment?


Tuesday, 21-Apr-2009 08:17 Email | Share | | Bookmark
Photofunia






Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.